Di duga hendak mencuri kambing, dua rakan di belasah dan di bakar hidup-hidup bersama motosikalnya oleh orang awam sebelum salah seorang meninggal dunia di Nusa Tenggara Barat, Indonesia, kelmarin.
Kejadian ini dipercayai berlaku pada selasa 20/2018 di desa tanjung batu Nusa tenggara barat kira-kira jam 13:30.
Menurut laporan media Indonesia, Pegawai Daerah, Muhktar SH, yang mengesahkan kejadian berkata, lelaki berkenaan dibakar di padang bola di Desa Tangga Baru.
“Ya, betul. Mangsa yang maut dikenali sebagai Julkifli.
“Menurut keterangan penduduk tempatan, mangsa ditangkap dan dibunuh kerana disyaki mencuri kambing,” katanya.
Menurut laporan Kompas, Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kejadian berlaku selepas Julkifli ditangkap bersama rakan subahatnya apabila seorang penduduk ternampak mereka cuba mencuri kambing.
Penduduk kemudian mengejar mangsa dan malang bagi Julkifli kerana ditangkap bersama motosikalnya manakala rakannya berusia 21 tahun, berjaya meloloskan diri.
Warga sekitar yang mendengar teriakan itu,terus menuju ke lokasi dan menangkapnya.Kedua mangsa kemudian dibelasah dan ditetak sebelum diseret padang dan dibakar hidup-hidup.
“Mangsa diarak ke padang bola sebelum dibakar orang ramai bersama motosikalnya.
“Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan rentung,” kata Muhktar.
Pegawai penyiasat polis Bima, Kaharudin Thalib, yang turut mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan, namun belum membuat sebarangan tangkapan.
Menurutnya, mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga.
Akibat dari kejadian itu,salah seorang mangsa meninggal dunia di tempat.manakala seorang lagi cedera parah dan kini dirawat di hospital.

0 komentar