-->

Sembilan hari bertarung nyawa,Nazri menhembuskan nafas yang terakhir.



Besar dugaan keluarga ini, di samping isteri yang sarat mengandung, beliau juga menerima bahawa orang tersayang yang juga suaminya telah menhembuskan nafas yang terakhir setelah 9 hari bertarung nyawa di ICU.Muhammad Nazrie Mohd Asri, 27, yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan 20 januari lalu menghembus nafas terakhir di HUSM pukul 5 pagi semalam setelah 9 hari bertarung nyawa.

Dalam kemalangan itu dua pemandu kereta jenis Nissan Sunny, Mahidin Hamat, 57, dan penumpang hadapan, Mohd Adzlan Mohd, 32, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk mana kala Nazrie yang memandu Honda Civic cedera parah.Muhammad Nazrie yang mendirikan rumah tangga awal tahun lalu meninggalkan seorang isteri Nur Husna yang kini sarat mengadung 5 bulan, apa yang berlaku mengundang pilu insan-insan yang mengenali nya dan juga isteri. 
Jenazah Allahyarham akn di bawa ke rumah keluarga isteri beliau bagi urusan pengebumian
Semoga isterinya tabah menghadapi ujian yang amat berat untuk dilalui. Sama2 juga kita sedekahkan al fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Baca juga:

0 komentar



Emoticon