-->

10 Perkara Berbahaya Yang Dianggap Biasa Sahaja Pada Suatu Ketika Dahulu!


Sekiranya anda merasakan yang dunia kini menjadi semakin aneh, anda perlu membaca kembali buku sejarah di sekolah. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang kini dianggap berbahaya tetapi suatu ketika dahulu ianya dianggap seperti perkara biasa?
1. Rawatan Kokain
Bahan berbahaa ini boleh didapati dengan mudah pada suatu ketika dahulu dengan hanya membeli ubat atau dadah tersebut di kedai-kedai ubat biasa. Ia dipercayai dapat melegakan batuk dan sakit gigi.
2. Pengiriman Kanak-Kanak
Pada awal abad ke-20 terdapat perkhidmatan penghantaran anak melalui posmen dengan bayaran daripada serenda 15 sen sahaja, bergantung kepada berat kanak-kanak tersebut dan destinasi.
3. Sangkar Tingkap Kanak-kanak
Sekitar tahun 1930, penggunaan sangkar wayar untuk bayi merupakan perkara biasa di kalangan ibu bapa di Britain. Dengan menggunakan sangkar tersebut, kanak-kanak dapat menghirup udara segara di luar rumah sementara ibu bapa mereka menyiapkan kerja-kerja di rumah.
4. Bertapa Di Taman
Sejak dahulu lagi, orang kaya zaman memang terkenal dengan hobi-hobi mereka yang aneh. Salah satunya mereka berasa seronok sekiranya memilki seorang lelaki yang bertapa di taman milik mereka. Lelaki tersebut tidak boleh memotong rambut ataupun mandi di sepanjang waktu dan dia hanya sekadar hiasan yang bernyawa.
5. Kaedah Rawatan Yang Gila
Pada zaman dahulu, terdapat berberap kaedah-kaedah merawat pesakit yang agak aneh. Di antaranya adalah pembekaman, penggunaan kejutan elektrik dan juga lobotomi. Kini rawatan-rawatan tersebut telah diperbaharui dan lebih maju, walaupun zaman dulu kaedah rawatannya seperti kaedah penyeksaan sahaja.
6. Permainan Ber-radioaktif
Semasa zaman 1950-an, mainan ‘atom’ amat digemari kanak-kanak. Pereka mainan sengaja menggunakan polonium dan uranium untuk mereka mainan-mainan mereka.
7. Zoo Manusia
Suatu ketika dahulu, fungsi sebuah zoo bukanlah untuk mempamerkan binatang-binatang liar yang di simpan di sana. Sebaliknya ianya bertujuan untuk mempamerkan manusia yang diambil daripada seluruh pelusuk dunia seperti dari Afrika ataupun Asia.
8. Lawatan Hiburan Ke Hospital Mental
Pesakit mental zaman dulu tidak menerima layanan yang sama seperti zaman sekarang. Mereka jarang diberi makanan dan para doktor dan saintis dibenarkan membuat apa-apa eksperimen pada mereka. Lebih menakut apabila orang biasa juga dibenarkan membayar untuk melawat pesakit  di hospital tersebut dan boleh melakukan apa-apa sahaja pada mereka.
9. Mengumpul Anggota Badan
Hobi mengumpul anggota-angota badan dianggap perkara yang biasa pada suatu masa dahulu seperti hobi mengumpul setem pada hari ini di mana tenggorak, gigi dan tulang akan disimpan di dalam sebuah bilik pameran di kediaman-kediaman mereka.
10. Merokok Semasa Mengandung

Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya internet, doktor sendiri pernah menggalakkan ibu-ibu mengandung untuk merokok sebagai kaedah merawat sembelit. Mereka juga digalakkan untuk merokok setelah sahaja selesai melahirkan anak, walaupun anak tersebut berada berdekatan dengan mereka.
Sumber : taikotai.tv

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon