-->

Apa Dah Jadi Dengan Dato Aliff, Kena Saman Dengan JPJ

Gambar - Google

Pengasas syarikat D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri, mengarahkan peguam menguruskan isu kereta mewah yang dimilikinya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar di sini pada  malam tadi.
"Masa ini, Datuk Aliff belum mempunyai kenyataan berkaitan isu ini. Pihak peguam beliau sedang menguruskan hal mengenai perkara ini dan belum ada kenyataan rasmi dibuat," katanya.
Dato Aliff kini berada di luar negara kerana bercuti.
Kereta terbabit dipandu seorang warga Australia yang tidak memiliki lesen memandu sah, manakala rakan senegaranya yang turut berada dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Difahamkan bahawa kenderaan itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak tetapi ia digunakan di Semenanjung.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata kesalahan itu dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM.
Kereta mewah yang disewakan itu dianggar berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing terbabit dari sebuah agensi kereta sewa mewah milik Aliff.

hantumedia - berita

Baca juga:

0 komentar



Emoticon