-->

100 Orang Pelajar Tak Dapat Hadir ke Sekolah Ekoran Baniir Besar

Image result for gambar banjir
Gambar Hiasan - Google

Lebih kurang 100 orang pelajar di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang tidak pergi ke sekolah pada hari Pertama persekolahan 2018 hari ini selepas rumah mereka dan jalan di kampung mereka telahpun banjir sejak awal pagi tadi.
Mereka semua terdiri daripada 70 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi dan 30 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap.
Kejadian banjir yang tergelamkan kampung - kampung itu bermula kira-kira 6 pagi tadi disebakan hujan lebat sejak 5 petang semalam.
Pengerusi JKKKP Kampung Limau Kasturi Mohd Sokani Mat berkata, limpahan sungai itu telah menyebabkan jalan ke sekolah telah pun ditenggelami air sedalam 0.6 meter.
"semua jalan itu tidak boleh dilalui semua kenderaan kecuali bot dan juga mengakibatkan 100 orang pelajar tidak dapat ke sekolah.
"Kebanyakan pelajar-pelajar sudah pon bersiap hendak pergi ke sekolah pagi tadi, tapi kesiannya mereka terhalang disebabkan jalan hendak ke sekolah telahpun ditenggelami air.
Ramai ibu bapa tidak dapat menyelamatkan pakaian - pakaian mereka termasuklah alat sekolah anak- anak mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika ditanya mengenai isu ini telah mengesahkan berlaku kejadian banjir di Kampung Limau Kasturi dan Rancangan Kemajuan Tanah KesedarJeram Tekoh.
Semua mangsa banjir telah pun dibawa pulang ke kediaman masing - masing, dan kini hanya tinggal 30 mangsa daripada lapan keluarga di Kampung Limau Kasturi berada di pusat pemindahan sementara di SK Limau Kasturi 2

Baca juga:

0 komentar



Emoticon