
DATUK Seri Aliff Syukri Kamarzaman kemungkinan besar akan menyelesaikan masalah kereta yang dimilikinya iaitu kereta Rolls Royce yang telah pun disita dalam OP Patuh di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi iaitu pada 31 DEC 2017 , selepas balik dari luar negara, esok.
Datuk Seri semasa dihubungi hari ini bercakap, beliau kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan dan sangat - sangat terkejut dan tergamam setelah mendengar berita yang beliau sendiri tidak tahu langsung keretanya beliau disewa oleh dua warga asing yang tidak dikenali atau mengenai penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu sendiri.
Beliau berkata, "Saya tidak tahu langsung pasal mengenai kereta saya yang telah disewakan kepada orang lain dan segala urusan yang mengenai kereta itu telah dilakukan oleh pengurusan syarikat.
Beliau yang juga Pengarah UrusanD'herbs Holding Sdn Bhd, beliau mengakui salah beliau itu dan meminta maaf kepada pihak JPJ serta akan memastikan perkara yang sama ini tidak berulang lagi.
Beliau berkata juga, "Saya tidak mahu memperbesarkan sangat perkara ini dan akan memastikan kes ini diselesaikan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila balik ke Malaysia esok".
Semalam kereta mewah milik Dato Seri yang berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing disita oleh pihak JPJ selepas pemeriksaan mendapati warga asing itu tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini.
Bahkan, seorang daripada dua orang warga asing yang berada dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah langsung.
Pemeriksaan seterusnya yang dijalankan JPJ itu turut mendapati kenderaan itu menggunakan LKM atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan yang dibawa itu digunakan di Semenanjung.
Beliau berkata lagi, "Saya meminta netizen agar tidak mengecam saya seolah-olah melakukan kesalahan besar seperti seorang penjenayah yang merompak dan merogol.
HantuMedia - Berita
Tags:
#VIRAL SEMASA
0 komentar