![]() |
| Gambar Hiasan - Google |
Kebanyakan ibu bapa yang selalu membiarkan smarphone mereka berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Tanpa kita sedari, tindakan itu sebenarnya boleh mengundang padah kepada bayi.
Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, boleh menjejaskan sel-sel otak bayi yang masih kecil yang tengah berkembang otaknya. Perkara ini bukanlah suatu yang sangat baru.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah berhati-hati dan sentiasa beringat dan juga diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini.
Perkara ini sering juga berlaku pada kita sendiri dan juga anak-anak. Sambil-sambil tidurkan anak atau menyusukan anak, sambil itu reply whatsapp dari customer. Selalu sampai tertidur. Sedar-sedar je, smartphone ada di bahagian kepala anak.
Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak/bayi baru lahir kerana ia dapat menganggu sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya anak-anak yang berusia enam bulan ke bawah.
Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Semoga info ini bermanfaat untuk semua orang.
Tags:
#INFO SEMASA

0 komentar