-->

Bintang Bollywood Rajinikanth Masuk Politik!



Selepas hampir 20 tahun, pelakon kegemaran ramai filem Tamil telah memebawa khabar berita terbaik kepada peminatnya setelah mengumumkan beliau akan menceburi bidang politik.
bintang terkenal yang berusia 67 tahun itu telah menamatkan penantian peminatnya terutama di Tamil Nadu yang menggelarnya superstar!
beliau berkata akan membentuk politik sendiri dan bertanding daripada semua 234 kerusi dalam pilihan negeri yang akan datang.
beliau berkata, “Saya tidak melakukannya kerana jawatan, wang atau kemasyhuran kerana saya sudah mempunyai semuanya.”
ucapan dan pengunguman itu telah disambut meriah oleh peminatnya yang setia dengan membakar bunga api, menari serta melaungkan slogan untuk Rajinikanth di luar dewan tersebut.
beliau pernah bekerja sebagai konduktor bas di selatan bandar India di Bangalore sebelum ke Chennai pada 1973 untuk mencapai impiannya berkecimpung dalam dunia lakonannya sehingga menjadi terkenal.
Dia kemudiannya muncul sebagai bintang tersohor dalam sejarah filem berbahasa Tamil sehingga kini.
Pada 1996, beliau telah membantu mengalahkan kerajaan negeri pada 1996 dengan meminta semua peminatnya keluar mengundi sebelum pilihan raya diadakan.
Negeri yang mempunyai 72 juta penduduk itu mengalami ketidakstabilan politik sejak kematian ketua menteri yang berkarisma, Jayalalithaa Jayaram yang juga bekas bintang filem, tahun ini.

HantuMedia - Berita

Baca juga:

0 komentar



Emoticon