Salah seorang mangsa yang terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri pagi tadi adalah Juliana dia yang merupakan salah seorang penumpang bas terbabit bersyukur terselamat dari maut walaupun mengalami kecederaan.
Juliana dan rakan-rakan terpaksa mengharungi detik cemas itu dengan darah yang mengalir dimuka nya impak kemalangan sambil melihat keadaan yang amat mengerikan dengan jeritan mangsa-mangsa yang terlibat dan jasad-jasad rakan nya yang maut.
juliana telah mendapat rawatan, kini stabil itu lah detik ngeri buat dirinya yang tak akan dilupkan selama-laman nya.
Dalam pada itu mangsa lain yang terselamat dalam kemalangan itu menceritakan bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar daripada bahagian enjin kenderaan itu.
Seorang penumpang bas kilang itu Rafizah, 22, yang juga warga Indonesia berkata kebanyakan pekerja kilang di dalam bas itu tinggal di asrama yang disediakan majikan mereka Simpang Ampat, Sungai Bakap, dekat sini dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke kilang Sony di Perai.
“Saya tak tidur dan semasa dalam perjalanan bas memang dipandu laju…ada beberapa penumpang nampak asap keluar daripada bahagian enjin dan kami terus beritahu kepada pemandu bas tetapi dia masih terus memandu bas malah lebih laju.
“Asap itu makin banyak malah ada api turut keluar dari bahagian enjin, saya terus menjerit kepada pemandu dan dia berhenti di tepi jalan sebelah kiri sebelum tiba-tiba bas kami dilanggar daripada belakang,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.
Beliau yang baru setahun bekerja di Malaysia berkata keadaan menjadi kelam kabut dan bas mereka ditolak sehingga ke tengah jalan dan ketika itu beberapa penumpang terpelanting keluar daripada bas berikutan rempuhan yang sangat kuat.
Semoga mereka semua yang terlibat cepat sembuh dan pada yang pergi semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.
sumber:exoramaroon.net
Tags:
#SEMASA

0 komentar