-->

Wanita ini menemui sebatang pokok yang dipenuhi ‘peluru’. Setelah dihampiri, akhirnya dia mengetahui punca sebenar



Pernah anda melihat sejenis pokok yang berlubang-lubang seperti ini? Pelik bukan? Geli pun ada…
Seorang wanita yang sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan hutan telah menemui pokok ini yang dipenuhi dengan lubang-lubang kecil. Pada sangkaan awalnya, pokok ini mungkin pernah dijadikan sebagai sasaran menembak semasa zaman peperangan dahulu.
Ia bukan sekadar lubang biasa ya? Di dalam lubang tersebut mempunyai objek seolah-olah peluru dan perkara ini menimbulkan kekeliruan.
Dari mana punca lubang itu?
Jika dilihat dari jauh, ya pokok ini kelihatan seperti dipenuhi dengan kesan-kesan peluru yang banyak. Namun, semakin wanita ini menghampirinya, ternyata dia amat terkejut dengan keanehan rupa fizikal pokok tersebut.
Setelah diteliti, akhirnya wanita ini mengetahui siapakah dalang yang menyebabkan lubang pada pokok itu. Ia adalah kerja burung belatuk.

Burung belatuk akan menebuk lubang pada batang pokok dengan satu tujuan iaitu, untuk menyimpan biji pokok oak di dalam pokok tersebut. Dianggarkan hampir 50,000 lubang akan ditebuk pada setiap batang pokok oleh burung-burung ini dan mereka akan mengumpulkan kesemua biji oak untuk disumbatkan ke dalam lubang yang telah ditebuk.


Ini merupakan tingkah laku normal bagi semua burung belatuk. Jadi, jika anda menemui pokok seperti ini pada masa hadapan, jangan berasa takut pula.
Apa yang anda perlu lakukan adalah isikan semula kekacang yang jatuh di tanah ke dalam lubang pokok. Dengan cara ini, anda akan membantu burung belatuk memperoleh sumber makan yang berterusan.
Sumber: GoodTimes
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru

Baca juga:

0 komentar



Emoticon