-->

[TERKINI] “Pembayaran BR1M Akan Selesai Seminggu Lagi”.


PUTRAJAYA 28 Feb. – Proses pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang masih belum menerima bantuan tersebut dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya menjangkakan sehingga Jumaat ini, antara 80 hingga 90 peratus penerima akan menerima bantuan tersebut.
“Bagi yang masih belum menerima bantuan ini mereka perlu tunggu dalam tempoh seminggu kerana bayaran ini akan dimasukkan ke dalam akaun secara berperingkat sejak kelmarin.
“Jika selepas tempoh itu ada isu berbangkit, mereka boleh menelefon pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.
Sabtu lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula menerima BR1M secara berperingkat.
Mohd. Irwan berkata, pembayaran itu akan dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 bilion.

Sumber Utusan

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon