-->

‘Terima kasih untuk Abang Polis’ – Gadis Cina muatnaik status puji polis sebab bantu bapa!!


STATUS akaun Facebook milik Charlene Chua mengucapkan terima kasih kepada anggota polis (kanan), semalam.
TINDAKAN dua anggota polis membantu lelaki, 50-an, yang terjatuh dari motosikal akibat terbabas di Seri Kembangan, semalam mendapat pujian daripada anak perempuan mangsa yang memuat naik status mengenai kejadian sebelum ia tular di media sosial.
Berdasarkan status yang dimuat naik melalui akaun Facebook, Charlene Chea memaklumkan bapanya dalam perjalanan dari Bukit Serdang ke Taman Universiti untuk menjemputnya di tempat kerja.
“Ketika itu sedang hujan dan bapa menunggang motosikal untuk menjemput saya dari tempat kerja di Taman Universiti. Bagaimanapun, dia terjatuh dari motosikal akibat jalan licin.
“Bapa tidak dapat bergerak kerana motosikal itu menindih badannya dan tiada sesiapa yang membantu bapa,” katanya.
Katanya, ketika bapanya cuba untuk mengalihkan motosikal, dua anggota kereta peronda polis (MPV) yang kebetulan berada di lokasi membantu untuk mengangkat kenderaan itu.
“Salah seorang daripada mereka membantu mengawal lalu lintas yang sesak akibat orang ramai mahu melihat apa yang berlaku, manakala seorang lagi anggota membantu bapa mengalihkan motosikal berkenaan.
“Bapa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan akibat kejadian itu sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh salah seorang anggota polis terbabit. Seorang lagi anggota polis membawa motosikal bapa ke rumah.
“Saya memuat naik status mengenai kejadian itu atas permintaan bapa yang mahu berterima kasih kepada kedua-dua anggota polis berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Konstabel Muhammad Redda Mohd Noor, 28, berkata dia terkejut dengan status yang dimuat naik oleh anak lelaki terbabit kerana menganggap bantuan dihulurkan adalah tugasnya sebagai anggota polis.
“Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang semalam. Ketika sedang membuat rondaan bersama rakan, Lans Koperal Justine Taman, kami terserempak dengan seorang lelaki yang terjatuh dari motosikal.
“Pada mulanya, kami ingat dia terbabit dalam kemalangan, namun lelaki itu memaklumkan dia terjatuh dari motosikal akibat jalan licin.
“Ketika kejadian, laluan agak sesak dan kami terus mengawal lalu lintas dan mengalih lelaki itu sebelum dia dibawa ke klinik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 9:49 PM
Sumber://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/321245/terima-kasih-untuk-abang-polis

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon