-->

Dipukul dan dirompak oleh kawan yang baru ditemui, dia kemudian dicampak di sebuah semak tetapi selepas beberapa hari dia menerima kejutan lain pula

Saban hari kita diingatkan supaya berhati-hati terutama ketika berada di luar. Tidak kiralah tua atau muda semuanya terdedah dengan bahaya yang tidak diundang.
Baru-baru ini seorang lelaki terkejut apabila pada suatu pagi dia mendapati dirinya terbaring di atas rumput di tepi jalan dalam keadaan yang sakit-sakit.
Lelaki berusia 29 tahun itu mengatakan malam sebelum kejadian itu berlaku dia telah berkunjung ke sebuah bar bebas cukai di Johor Bahru pada kira-kira jam 12 tengah malam, 12 Februari lalu bersama dengan kawan-kawannya. Selepas rakan-rakannya pulang, dia pula pergi ke tandas sebelum pulang.
Dia kemudian didatangi tiga orang lelaki lain yang menyapanya dengan mesra dan ramah. Mereka kemudian berbual sehingga jam 2 pagi sebelum memutuskan untuk pulang ke rumah.
Memandangkan kereta lelaki ini diletakkan di ruang parking terbuka yang agak jauh, kawan-kawan barunya itu menawarkan untuk menghantarnya ke keretanya. Dia hanya bersetuju tanpa mengesyaki apa-apa yang tidak baik.
Walau bagaimanapun, semua itu serta-merta berubah menjadi mimpi ngeri. Daripada menuju ke tempat letak kereta terbuka, ketiga-tiga mereka menuju ke Skudai.
Mereka terus mengugut mangsa untuk menyerahkan wang tunai yang dimiliki. Dia juga dipukul sehingga pengsan dan diletakkan di semak di tepi jalan.
Mereka telah merompak cincin, dompet, jam tangan, kunci kereta, telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM250.
Sumber: Facebook
Selepas dia sedar daripada pengsan dia berjalan untuk meminta bantuan sehingga dia akhirnya tiba di sebuah apartmen di Teluk Danga, di mana dia meminta bantuan daripada pengawal keselamatan untuk menghubungi keluarganya.
“Ahli keluarga saya membawa saya ke balai polis Danga Bay untuk membuat laporan kemudian ke hospital untuk menerima rawatan. Saya hanya mengalami lebam serta mengalami kecederaan serius pada wajah saya. Hidung saya berdarah, kedua-dua mata bengkak dan merah, dengan mata kiri saya tidak dapat dibuka akibat luka, “katanya.

Sumber: Facebook
Perompak tersebut kemudian dikatakan telah memandu kereta Mazda3 milik mangsa selepas merompaknya. Adik perempuan mangsa kemudian memuat naik status di Facebook untuk berkongsi tentang kejadian itu dan meminta bantuan orang ramai untuk membantu mereka mencari kereta yang dicuri itu.
Sumber: Facebook
Tidak lama kemudian, seorang netizen memberitahu bahawa dia terlihat kereta curi dipandu oleh seseorang di Taman Ungku Tun Aminah. Bagaimanapun kereta itu muncul di hadapan rumah mangsa pada 22 Februari pukul 12 malam, seolah-olah ia dikembalikan semula kepada mangsa oleh pencuri tersebut.
Sumber: Facebook
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata bahawa polis telah melancarkan siasatan mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 394 (A) Kanun Keseksaan.
sumber - Era Baru

Baca juga:

0 komentar



Emoticon