-->

KUCING INI JADI HERO SELAMAT NYAWA BAYI YANG DIBUANG DARI MATI KESEJUKAN!TENGOK APA TINDAKAN KUCING INI…


Seekor kucing berbulu panjang yang dipanggil Masha menyelamatkan nyawa seorang bayi yang ditinggalkan dalam kotak di jtepi jalan di Rusia – selepas dia masuk ke dalam kotak di mana bayi itu ditinggalkan dan memeluk bayi tersebut untuk mengekalkan kehangatan, kata para pegawai kesihatan.
Kisah ini berlaku pada tahun 2015, namun masih lagi diingati oleh penduduk tempatan,
“Bayi itu berada di luar cuaca sejuk selama beberapa jam dan terima kasih kepada Masha … dia tidak cedera ataupun berakhir dengan keadaan yang lebih teruk oleh pengalaman itu,” kata jurucakap hospital kepada Central European News.
Kucing hero ini siap mengiau kuat-kuat untuk cuba menarik perhatian orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.
“Masha sangat tenang dan mesra, jadi apabila saya mendengar bunyi meownya, saya fikir mungkin dia cedera diri,” kata penduduk bandar Obninsk, Irina Lavrova.
“Biasanya dia akan datang dan menyapa serta menggesel-gesel saya. Anda boleh bayangkan betapa terkejutnya saya apabila saya melihat dia sebenarnya sedang berbaring di sebelah bayi dalam kotak tersebut. ”
Masha adalah kucing komunal yang dijaga oleh penduduk setempat. Apabila dia menjumpai bayi itu – dia segera menjaga bayi itu, seolah-olah seperti anaknya sendiri, menurut CEN.
“Jelas naluri keibuannya telah mengambil alih dan dia mahu melindungi anak itu,” jelas Lavrova. “Bayi tersebut dijumpai berpakaian dan bertopi kecil, dan barangsiapa yang meninggalkannya di sini, juga telah meninggalkan sedikit selimut, pampers dan makanan bayi.”
Bayi itu segera dibawa ke sebuah hospital tempatan, di mana dia diberi pemeriksaan dan akhirnya diisytiharkan patut dan sihat, kata para pegawai. Sejak kanak-kanak itu ditemui, Masha telah dipuji sebagai pahlawan oleh penduduk setempat – dan dia telah menuai faedah dari tindakannya.
“Semua orang di blok itu sangat berbangga dengannya,” kata Lavrova. “Kita semua telah terlalu memanjakannya dengan memberikan makanan kegemarannya.”
Sumber : Pelbagai via Banimedia
Sumber : viralgempak.com

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon