-->

Kempen Boikot Neelofa Tular Di Media Sosial


Penangan kontroversi Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran tudungnya di sebuah kelab malam terkenal. Zouk hangat diperkatakan. Bukan sahaja Neelofa, malah selebriti media sosial, Nisa Kay turut terpalit kontroversi yang sama gara – gara menari di majlis itu. Pelbagai kecaman terus diterima namun Neelofa mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peduli sebarang kata – kata dari netizen.

Kempen Boikot Neelofa Tular

Hasil tinjauan kami di Facebook, terdapat sebuah gerakan yang telah melancarkan kempen boikot Neelofa secara besar – besaran gara – gara mengadakan majlis seumpama itu di tempat yang tidak sepatutnya.
Sehingga kini mesej kempen tersebut telah mendapat hampir 30 ribu perkongsian di Facebook dan semakin tular. Malah jumlah pengikut Neelofa di Instagram juga dikatakan semakin menurun secara mendadak.
Sumber:hangat.com

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon