-->

AJAL SIJELITA BAWAH BAS .. MOTOSIKAL JEHA DI REMPUH DAN DIA MAUT DIGILIS (8GAMBAR)


Tapah : Tidak disangka perjalanan Jeha menunggang motosikal diperjalanan kerja bertukar tragedi apabila dia temui ajal tragis dibawah bas.
Akhbar melaporkan seorang wanita maut dilanggar bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di KM315.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Wan Nurjeha Najwa Wan Badrul Safari, 21, yang berasal dari Kodiang, Kedah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersama sebuah lagi motosikal di laluan kecemasan menuju ke arah selatan.
“Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terjatuh.
Bagaimanapun, sebuah bas yang berada di bahagian belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
“Bas berkenaan kemudiannya ke kanan lalu melanggar sebuah lagi kereta yang berada di bahagian kanan. Empat penumpang bas merupakan saksi kejadian ternampak kejadian itu sebelum mangsa dilanggar,” katanya.
Menurutnya, kesemua mangsa lain yang terlibat dalam nahas itu tidak mengalami sebarang kecederaan selain kereta berkenaan mengalami kerosakan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Al fatihah.
Sumber : @accidentportal.net

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon