-->

[VIDEO] ”Tak Salah Lancar Tudung Dalam Kelab Tapi..” – Inilah Penjelasan Ustaz Yg Berjaya Membuka Mata Orang Islam!


”Tak Salah Lancar Tudung Dalam Kelab Tapi..” – Inilah Penjelasan Ustaz Yg MENGEJUTKAN Ramai | BICARA ISLAM – Susulan majlis perlancaran koleksi terbaru hijab selebriti Neelofa di kelab malam yang mendapat kecaman dari netizen. Ustaz tampil beri kenyataan berkenaan isu dan hukum yang mengejutkan ramai..
LANGKAH selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.
Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad berkata, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.
Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.
“Secara umumnya, mengikut asas prinsip dalam Islam tidak salah jika seseorang itu mahu mempromosikan atau melancarkan produk di kelab malam.
“Dalam sejarah Islam juga ada mengisahkan tentang pendakwah yang pernah masuk ke tempat tersebut dengan tujuan berdakwah hanya untuk 5 hingga ke 10 minit dan kemudian dia keluar.
“Sebagai contoh, Neelofa boleh lancarkan tudung di kelab malam dan jelaskan kebaikan memakai tudung tapi hanya sekadar itu sahaja,” kata Pahrol kepada mStar Online.
Antara aksi-aksi tarian yang mengundang kecaman netizen.
Bagaimanapun, kata Pahrol, yang menjadi haram apabila acara atau majlis tersebut disertakan dengan elemen-eleman yang menyalahi syariah seperti beraksi dengan tarian.
Tambah Pahrol lagi, jika seseorang itu melakukan sesuatu dan perkara tersebut boleh mengundang terjadinya fitnah, ia adalah haram atau berdosa.
“Tak salah nak buat sesuatu kelainan. Cuma, ia akan jadi haram apabila ada elemen yang menyalahi syariah Islam seperti wanita beraksi dengan tarian.
“Dalam Islam jika mahu membuat promosi produk mesti mematuhi peraturan dari Allah. Namun, tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sudah dikira mengundang fitnah adalah berdosa.
“Jadi, tak perlulah melakukan sesuatu mengundang fitnah. Kelab malam sudah sinonim dengan minuman keras dan perkara yang menyalahi syariah Islam,” ujarnya.
Dalam pada itu, menerusi sidang media pada pelancaran tersebut pada malam Isnin, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema.
Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain.
Sumber : MStar

Baca Juga : Video Model Gasak Tarian Lucah Bertudung Kena Kecam


Viral di media sosial apabila usahawan, pelakon dan pegacara terkenal iaitu Neelofa telah dikatakan melancarkan tudung jenamanya di sebuah Nigh Club terkenal di Kuala Lumpur.
Neelofa merupakan seorang usahawan tudung terkenal dengan jenamanya Neelofa Hijab yang semalam telah melancarkan tudung terbaru dari Neelofa hijab di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.
Setelah melancarkan tudung tersebut . Video pelancaran tudung tersebut telah viral di laman sosial apabila ianya menerima kritikan keras dari netizen yang mengatakan ianya tidak sepatutnya dilakukan.
Ini kerana Tudung adalah merupakan pakaian muslim yang bercanggah dari tempat pelancaran produk terbarunya itu di nightclub Zouk yang terang terang adalah bukan melambangkan islam.
Selain itu dapat juga dilihat beberapa model model upahan bertudung menari dan bergelek sambil memperagakan tudung Neelofa hijab yang tidak sepatutnya berlaku kerana perkara tersebut dikatakan memalukan wanita islam dan jauh menyimpang dari islam.
Neelofa turut dikecam kerana beliau yang kini sudah berstatus “Hajjah” sepatutnya lebih arif dalam perkara tersebut.
Berikutan dengan perkara itu , Neelofa menerangkan bahawa dia tidak akan mempedulikan kata kata netizen kerana beliau tahu apa yang beliau lakukan.
Beliau turut menerangkan bahawa lokasi yang dipilih adalah berseuaian dengan tema setelah menyenarai pendek beberapa tempat. Beliau juga mengatakan bahawa Zouk dipilih kerana beberapa tempat yang lain mengenakan cas 8 kali ganda lebih tinggi dari Zouk Club.
Pelancaran koleksi tudung Neelofa adalah dilakukan bersama dengan sempena ulangtahun kelahiran jutawan tudung tersebut yang ke 29 di Zouk Club KL.
Kredit : EBerita
Majlis Pelancaran Tudung Neelofa Di Zouk Night Club ! WatDaHek ?? | Viral & Menarik

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon