-->

[Terkini] Suami Izreen Azminda Ceraikan Isteri Pertama





PELAKON drama Izreen Azminda menegaskan dia tidak mahu mencampuri urusan suami dan isteri pertamanya yang mengambil keputusan untuk bercerai, hari ini.
Suami Izreen, Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, juga seorang pemuzik dijadualkan akan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur, 2.30 petang ini.
Bagaimanapun, pelakon drama popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan itu berkata dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.
Izreen dihubungi berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen membabitkan apa sedang berlaku antara suami dan isteri pertamanya, apatah lagi apabila memikirkan kedudukannya sebagai isteri kedua.
"Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan," katanya.
Tegas Izreen lagi sebaik berita pernikahannya dengan Ude diketahui umum dan mendapat banyak kecaman, dia mengambil pendekatan tidak mahu mencampuri urusan suami dan isteri pertamanya itu.
"Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik.
"Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian," katanya.
Izreen dan Ude bernikah pada 8 Ogos lalu di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
Sebelum itu, Ude bernikah dengan Liana empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

sumber - Harian Metro

Baca juga:

0 komentar



Emoticon