-->

TERKINI! “Apa Saya Peduli?” – Neelofa Jawab Isu Lancar Koleksi Tudung Baru di ZOUK..



Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofa yang dinamakan #BeLofa. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.



Selain memperkenalkan koleksi tudung terbaru, Neelofa juga menyambut majlis ulangtahun ke 29 beliau disana. Rata-rata netizan terkejut dengan pemilihan tempat hajah kesayangan ramai itu, ada juga mempersoalkan mengapa produk seperti tudung dilancarkan di kelab malam.



Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.




Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam. Pun begitu pasti peminat Neelofa ada alasannya.

‘Saya tak peduli kata-kata orang’ – Neelofa

Sementara itu, BH Online sempat menemubual pengacara dan pelakon itu, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab hiburan di sini, malam tadi.
Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.“
Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa kepada BH Online.
Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.
Sumber: Rotikaya & BH Online via viralixm

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon