-->

Ramai Tak Tahu, 12 watak filem yang pernah ditolak untuk dilakonkan oleh pelakon popular! Mesti mereka menyesal kini…!


Cerita mengenai filem ini bermula pada 1990-an ketika Universal Studios membeli hak cipta untuk membuat filem. Kemudian, pada tahun 1997, Nicolas Cage dikatakan berminat dengan watak ini dan bukan hanya dia malah Tom Cruise juga menyatakan kesediaan untuk memainkan watak Tony dan bahkan bersedia untuk menghasilkan filem tersebut.
Tetapi rancangan tersebut tidak berjaya. Plot filem itu telah diubah beberapa kali sebelum penggambaran bermula pada tahun 2006 apabila kedua-dua calon hilang minat untuk terlibat dalam filem tersebut.
10. Neo (The Matrix)
© warnerbros.com   © depositphotos.com
Para pembikin filem ini pada mulanya mahukan aktor Will Smith untuk membintangi filem ini kerana dia terkenal dalam filem Men in Black, Independence Day dan beberapa filem lain. Tetapi pelakon itu mengatakan dia tidak mempunyai masa untuk membintangi filem itu dan menurutnya lagi dia juga belum cukup matang untuk melakonkan watak tersebut.
Ewan McGregor, Leonardo DiCaprio dan Tom Cruise adalah calon lain untuk watak ini.
9. Jack Dawson (Titanic)
© foxstudios.com   © depositphotos.com
Pengarah Titanic, James Cameron, pada awalnya memilih Matthew McConaughey untuk membintangi filemnya. Tetapi pelakon itu menolak tawaran tersebut kerana tidak begitu puas hati dengan plot filem tersebut. Cameron memberi McConaughey peluang kedua, tetapi pelakon itu tetap dengan keputusannya. Jadi calon kedua, Leonardo DiCaprio akhirnya menjadi wira dalam filem hebat ini.
8. Batman (Batman, 1989)
© warnerbros.com   © depositphotos.com
Kita semua tahu bahawa Michael Keaton yang melakonkan watak superhero ini dalam filem yang diterbitkan pada 1989. Tetapi tidak semua orang tahu bahawa Mel Gibson sebenarnya aktor yang menjadi pilihan untuk membintangi filem ini tetapi dia telah menolak tawaran tersebut kerana menganggap filem itu tidak begitu popular. Tetapi siapa sangka filem itu mencapai rekod kejayaannya yang tersendiri dengan kutipan box office mencecah $400 juta.
7. Django (Django Unchained)
© sonypictures.com   © sonypictures.com
Sebelum Jamie Foxx mendapat watak ini, pembikin filem ini telah menawarkan watak tersebut kepada Will Smith dan dia telah menerima tawaran tersebut. Smith juga telah meminta mereka untuk menulis semula plot filem itu kerana dia menganggap ada beberapa ciri penting yang perlu dimasukkan ke dalam filem itu. Penulis skrip bahkan menolak permintaan tersebut untuk membuat apa-apa perubahan.
Idris Elba, Chris Tucker, Terrence Howard, Michael Kenneth Williams dan Tyrese Gibson antara artis yang cuba untuk mendapatkan watak ini.
6. Dr. Robert Neville (I Am Legend)
© warnerbros.com   © paramount.com
I Am Legend dijangka keluar pada pertengahan tahun 1990-an. Calon-calon utama filem ini adalah Tom Cruise, Michael Douglas, dan Mel Gibson tetapi akhirnya Arnold Schwarzenegger yang mendapat watak ini.
5. Edward Lewis (Pretty Woman)
© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com
Tahukah anda bahawa Julia Roberts dan Al Pacino sebenarnya pernah melakukan latihan bersama untuk menjayakan watat yang diberikan? Namun begitu, Al Picano walau bagaimanapun sedar bahawa dia sebenarnya tidak berminat dengan filem tersebut.
Christopher Reeve, Daniel Day-Lewis dan Denzel Washington adalah antara aktor yang menjadi pilihan untuk melakonkan watak ini, tetapi Julia Roberts berjaya meyakinkan Gere untuk menerima tawaran tersebut.
4. Vivian (Pretty Woman)
© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com
Pada mulanya pihak Disney tidak mahu Julia Roberts yang memainkan watak ini kerana menurut mereka watak ini perlukan sentuhan yang berbeza. Jadi mereka telah menjemput beberapa pelakon wanita lain untuk melakonkan watak ini.
Diane Lane hampir dipilih tetapi pelakon itu telah bertengkar dengan kru filem dan akhirnya menolak tawaran tersebut. Pelakon seperti Michelle Pfeiffer dan beberapa artis wanita lain juga menolak kerana mereka tidak suka akan plot filem tersebut.
3. Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl)
© waltdisneystudios.com   © depositphotos.com
Adakah anda tahu sebenarnya watak Jack Sparrow ditulis untuk pelakon Hugh Jackman? Namun begitu, para pengarah filem tersebut tidak berminat dengan pelakon itu kerana Jackman dikatakan tidak cukup terkenal di luar Australia.
Watak ini kemudian ditawarkan kepada Jim Carrey dan Matthew McConaughey tetapi McConaughey akhirnya menolak tawaran ini.
2. Michael Corleone (The Godfather)
© paramount.com   © florinfilm.com
Paramount mahukan pelakon popular (Warren Beatty, Robert Redford) untuk membintangi filem ini, tetapi mereka semua menolak. Dustin Hoffman yang sememangnya pelakon terkenal juga tidak mahu akan watak tersebut.
Walau bagaimanapun Francis Coppola menganggap Al Pacino adalah layak untuk watak ini dan cuba untuk mempromosikan aktor tersebut walaupun Al Pacino tidak begitu terkenal.
1. Christian Grey (Fifty Shades of Grey)
© universalstudios.com   © depositphotos.com
Robert Pattinson dan Ryan Gosling merupakan calon utama bagi filem ini. Pengarah walau bagaimanapun telah menolak Pattinson kerana berfikir dia tidak dapat membawa watak Christian Grey dengan baik  selepas lakonannya dalam Twilight. Gosling walau bagaimanapun tidak berminat degan watak itu dan akhirnya watak tersebut telah dilakonkan oleh Jamie Dornan.
Sumber: BRIGHT SIDE

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon