-->

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak


SEORANG wanita yang berusia 40 tahun telah diikat dan dimalukan di khalayak ramai selepas dia didakwa telah mencuri daging lembu dan daging khinzir di China.
Penjual di pasar yang terletak di Nanning itu bertindak sedemikian kerana wanita tersebut dikatakan kerap melakukan perbuatan itu.
Mereka telah mengikat tangannya dan menggantungkan ayat yang tertulis “Saya adalah pencuri daging lembu dan daging khinzir” di badannya.
Walau bagaimanapun, netizen di negara itu menyatakan perbuatan itu satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan keterlaluan.
Sememangnya wanita terbabit perlu dikenakan hukuman namun mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman mengikut sesuka hati yang tidak mengikut undang-undang negara.
Pihak polis juga dilaporkan segera ke tempat kejadian selepas dimaklumkan untuk menyelamatkan wanita itu dan membawanya ke balai polis.
Insiden tersebut ternyata telah mensensasikan laman internet di sana selepas gambar wanita itu yang diperlakukan sedemikian tersebar.
Sebelum ini, seorang wanita yang sarat mengandung juga pernah menerima nasib yang sama selepas dia dituduh mencuri di sebuah perkampungan di negara itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Sumber : sayangsabah

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon