JOHOR BAHRU: Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kejadian rogol ke atas seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai melibatkan sembilan anggota tentera di Kluang.
Kesemua mereka kini sedang direman sehingga 1 Mac depan.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol berkumpulan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika disabit kesalahan.
Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa yang merupakan teman lelaki gadis tersebut selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini. Dan gadis itu kini hamil sembilan minggu.
Sumber : mstar
REMAJA yang dikatakan dirogol sembilan anggota tentera disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa mangsa selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini.
“Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu.
“Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.
“Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.
Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan
Kelmarin, media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.
Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu.
Sumber : hmetro

0 komentar