-->

Tidak Sempat Mendaftarkan Diri Di Tingkatan 5, Remaja Maut Dirempuh Kereta

Gambar Hiasan - Google
Seorang remaja tidak sempat mendaftar diri di Tingkatan Lima hari ini, apabila maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta, dalam kejadian di Kilometer 86 Jalan Kota Tinggi-Kluang.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi itu, Mohamad Haikal Mohd Hisham, 17, dari Taman Seri Impian, di sini, gagal ketika cuba memotong kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata remaja itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang.
Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi oleh mangsa tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kereta di depannya dalam cubaan untuk memotong.
Perlanggaran berkenaan menyebabkan motosikal mangsa terbabas memasuki arah bertentangan sebelum dilanggar kereta yang memandu dari arah bandar Kluang ke Kota Tinggi.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital berkenaan. Dua pemandu kereta yang terbabit tidak cedera.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
hantumedia - berita

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon