![]() |
| Gambar - Google |
Semasa umur dalam 20 an, Mary Ann telah mendapat suatu penyakit iaitu Akromegali yang telah pun menyebabkan pertumbuhan tidak normal di beberapa bahagian dan permukaan badan dan muka. Penyakit ini telah membuatkan penampilannya berubah dan kelihatan buruk.
Selain itu penyakit tumor yang dihadapinya secara langsung memberi kesan sakit kepala yang teruk sehingga menjejaskan penglihatan beliau. Bersandarkan semangat yang kuat Mary Ann terus maju dan tidak menjadikan kesakitan beliau ini sebagai alasan malah terus bekerja keras untuk menyara anak dan keluarganya.
Dalam mengharungi kesesakan ekonomi, adalah sukar bagi ibu tunggal ini menyara keluarganya sehinggalah beliau mengambil leputusan yang nekad untuk menggadaikan harga diri demi sebuah pengorbanan kepada anak-anak.
Beliau telah menyertai suati pertandingan iaitu ‘wanita yang paling tidak dipandang’ sehingga beliau dinobatkan sebagai ‘wanita terburuk sedunia’. Demi pengorbanan dan kasih sayang nya kepada keluarga anugerah itu telah diterima seadanya malah dipendam segala cacian dan kepahitan tersebut.
Selepas kemenangan tersbut pada 1920, dia diambil kerha oleh Sam Gumpertz dan muncul di ‘Coney Island Dreamland Show’ (iaitu salah satu persembahan yang aneh atau misteri pada masa itu), di mana dia menghabiskan sebahagian besar sisa hidupnya di sana. Beliau juga tampil di Pameran Dunia untuk ‘Ringling Brothers Circus, sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1933.
Pada tahun 2000 gambar yang digunakan pada kad kelahiran di UK, yang telah dikeluarkan oleh Kad Hallmark iaitu merujuk kepada Blind Date.
Seorang doktor dari Negara Belanda telah membantah tindakan ini dengan berkata “Kad tersebut adalah satu penghinaan yang sangat teruk dan tidak menghormati seorang wanita yang telah menjadi cacat akibat penyakit”. ia disifatkan sangat kurang ajar! Kemudian Hallmark memutuskan dan bersetuju untuk menghentikan pengedaran kad itu sehingga kini.
Kisah Mary Ann Bevan ini telah mengajarkan kepada semua orang di dunia bahawa kecantikan sejati adalah berdasarkan kepada sebuah pengorbanan kepada mereka yang anda cintai. sekian!
Hantu Media - Berita
Tags:
#GLOBAL

0 komentar