-->

Kesiannya ! Budak tahun dua diseret oleh kereta sejauh 15 meter


Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Air Baruk, Jasin, di sini, yang dilanggar sebuah kereta yang sedang mengundur dan diseret sejauh 15 meter pagi Khamis lalu, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Difahamkan, mangsa masih lagi ditempatkan ke ICU bagi pemantauan lanjut susulan pembedahan di bahagian kepala selama lebih tiga jam awal pagi semalam.
Malah, difahamkan, pembedahan yang bermula jam 2 pagi itu turut membabitkan tiga jabatan di hospital berkenaan masing-masing iaitu Jabatan Pembedahan, Ortopedik dan Pembedahan Plastik.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata setakat ini pekerja am sekolah yang melanggar kanak-kanak itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sehari.
"Kita difahamkan kanak-kanak ini masih lagi ditempatkan di ICU. Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil.
"Pekerja am yang melanggar kanak-kanak berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kemalangan berlaku jam 6.50 pagi itu ketika murid berkenaan sedang berjalan dalam kawasan sekolah.
Sumber : Berita Harian

Baca juga:

Tags:

0 komentar



Emoticon