-->

Kanak-kanak berusia 7 tahun mati lemas di dalam longkang..Sayu hati bapa melihat kasut anak terapung di dalam longkang

Gambar Hiasan - Google

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam longkang berhampiran rumahnya di Kampung Padang Jaya, Kuantan.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa, Mohd Faris Aqeel Mohd Afif, 7, ditemui oleh penduduk di dasar longkang berkenaan. Manakala adiknya, Mohd Firas Adam, 5, sempat diselamatkan dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Bapa mangsa, Mohd Afif Abd Razak, 32, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak-anaknya itu selepas dimaklumkan oleh jirannya kira-kira jam 5 petang, terus bergegas ke lokasi.
Beliau melihat seliparnya terapung di permukaan longkang. Kami mencarinya dan jiran menemui anak saya di dasar longkang, lalu membawanya naik.
Beliau cuba memberikan bantuan pernafasan, namun dia disahkan meninggal dunia selepas pasukan perubatan tiba kira-kira jam 6 petang.
Apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku selepas dua hari mangsa memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Indera Mahkota.
Menurut Mohd Afif, anak sulungnya itu ‘takut’ dengan air sebelum ini, tetapi tidak menyangka mangsa pergi bermain situ hari ini.
Kawasan rumah beliau tidak dinaiki air, cuma kawasan longkang itu dipenuhi air akibat banjir.
Jenazah Allahyarham Mohd Faris Aqeel Mohd Afif dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sagu.

Baca juga:

0 komentar



Emoticon