Kuala Ketil : Kak Ja baru sahaja keluar dari Kilang tempat kerja beliau lebih kurang 400 meter perjalanan nya sebelum ajal menjemput nya
Kak Ja atau Norsafariza Ismail, 35, maut apabila tercampak ke tengah jalan selepas motosikalnya melanggar guni berisi plastik dalam kemalangan di Jalan Kulim-Kuala Ketil berdekatan Kampung Batu Pekaka, Kuala Ketil, Baling, malam semalam sebelum di gilis kenderaan berat didalam keadaan jalan yang gelap.
Mangsa berasal dari Padang Buloh, Jalan Hospital Kulim, Kulim maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil.
Katanya, mangsa menunggang motosikal Honda Wave dipercayai telah terlanggar guni berisi plastik di atas jalan di tempat kejadian dan terjatuh sebelum digilis kenderaan berat.
“Akibat itu, motosikalnya terjatuh di bahu jalan, manakala mangsa tercampak di tengah-tengah jalan dan mati akibat kecederaan parah ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Pihak polis masih menyiasat kejadian termasuk mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan,” katanya.
Suami arwah dan 4 anak diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa Kak Ja suasana pilu menimpa keluarga ini memandangkan anak bongsu mangsa baru berusia 2 tahun.
Hasil perkahwianan mangsa dan suami mereka dikurniakan 4 cahaya mata lelaki berusia 15,11,6 dan 2 tahun semoga anak-anak ini tabah mereka kehilangan ibu tersayang akibat kecuaian orang lain. Al fatihah.
Copyright 2018 Berita Sayu
Tags:
#INFO SEMASA







0 komentar